Tentang Kami

Sunday, June 30, 2013

Insurans Motor: Apa yang anda perlu tahu??



Apabila anda membeli kenderaan bermotor, anda perlu membeli insurans motor. Insurans motor melindungi kenderaan anda, sama ada motorsikal, kereta atau lori, daripada risiko seperti kemalangan dan kecurian. Terdapat tiga jenis insurans motor, ia itu, pihak ketiga, pihak ketiga kebakaran dan kecurian; dan perlindungan komprehensif. Tahap perlindungan anda menandakan jumlah yang boleh anda tuntut sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan atau kerugian.

Jenis

 Perlindungan pihak ketiga
– Polisi ini menginsuranskan anda terhadap tuntutan bagi
kecederaan tubuh badan atau kematian yang berlaku kepada orang lain (dikenali sebagai pihak
ketiga), dan juga kerugian atau kerosakan kepada harta benda pihak ketiga yang diakibatkan
oleh kenderaan anda.

Perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian
– Polisi ini menyediakan insurans terhadap tuntutan bagi kecederaan tubuh badan dan kematian pihak ketiga, kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga, dan kerugian atau kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan atau kecurian.

Perlindungan komprehensif
– Polisi ini menyediakan perlindungan yang paling luas, iaitu
kecederaan tubuh badan dan kematian pihak ketiga, kerugian atau kerosakan harta benda pihak
ketiga dan kerugian atau kerosakan kepada kenderaan anda sendiri akibat kebakaran yang tidak
disengajakan, kecurian atau kemalangan.


Pengecualian/penambahan

Insurans motor yang standard tidak melindungi sesetengah kerugian, seperti kematian atau
kecederaan anggota diri sendiri akibat kemalangan motor, liabiliti terhadap tuntutan daripada
penumpang- penumpang dalam kenderaan anda (kecuali penumpang-penumpang kenderaan
sewa seperti teksi dan bas) dan kerugian atau kerosakan akibat kejadian alam seperti banjir, ribut
dan tanah runtuh.
Walau bagaimanapun, anda boleh membayar premium tambahan untuk menambah perlindungan
polisi anda terhadap banjir, tanah runtuh, tanah gelincir dan juga perlindungan kepada penumpang-penumpang anda. Adalah mustahak untuk menyemak polisi anda tentang
pengecualian yang dikenakan.


No comments:

Post a Comment