Jadi anda terpikat dengan Preve baru yang cun dan sekarang sedang
berusaha dapatkan pinjaman kereta dari bank (juga dikenali sebagai “sewa
beli”). Sebelum buat komitmen yang biasanya akan memakan masa selama
sembilan tahun panjangnya, ini maklumat yang anda patut tahu pasal
perjanjian pinjaman kereta.
1. Deposit minimum kereta
Deposit minimum yang bank biasanya minta adalah 10% dari harga pembelian
kereta. Sebagai contoh, jika kos kereta baru anda RM50,000, anda
biasanya perlu bayar RM5,000 sebagai wang pendahuluan. Walau
bagaimanapun, sesetengah bank mungkin akan minta jumlah yang lebih
tinggi.
2. Kadar faedah tetap berbanding kadar boleh ubah
Kebanyakan bank akan tawarkan pilihan kadar faedah tetap atau boleh ubah
untuk pinjaman kereta. Kadar faedah tetap pinjaman bermakna kadar
faedah anda akan kekal berterusan sepanjang tempoh pinjaman. Untuk
pinjaman kadar faedah boleh ubah, bank biasanya menyebut peratusan
tertentu di atas Kadar Pinjaman Asas (BLR), yang bermaksud jumlah faedah
yang anda bayar akan berubah apabila BLR berubah.
3. Caj pembayaran lewat
Jika anda lewat buat bayaran ansuran kereta anda, bank boleh kenakan
penalti pembayaran lewat dan kenakan faedah tambahan harian ke atas
jumlah tertunggak. Baca cetak halus supaya anda tak terkejut nanti.
4. Penjamin
Bergantung kepada apa yang bank rasa tentang keupayaan anda membayar
balik pinjaman, anda mungkin dikehendaki menamakan “penjamin” bagi
menyokong permohonan anda. Penjamin asasnya adalah orang yang akan
bertanggungjawab membayar bahagian yang belum dibayar pada pinjaman
anda, termasuk semua yuran dan caj faedah yang terkumpul, jika anda
gagal menghormati perjanjian pinjaman kereta.
5. Insurans
Sebagai penyewa kereta atau peminjam, adalah tanggungjawab anda
memastikan kereta anda diinsuranskan dengan betul. Bank biasanya
perlukan anda ambil perlindungan insurans komprehensif ke atas kereta
anda sebelum meluluskan pinjaman.
6. Penarikan
Penarikan boleh berlaku bila anda dan penjamin anda gagal menghormati
perjanjian pinjaman kereta anda. Ini biasanya berlaku apabila peminjam
berulang kali gagal membayar ansuran bulanan seperti yang dipersetujui
dalam perjanjian.
No comments:
Post a Comment